tentang saya~~ (^ . ^)

Isnin, 10 Februari 2014

Cerita semalam



Teaser.....(apakah ini????)




Eh, yang ni pulak pasai apa??
Ha...scroll bawah dulu ye...hehe


Hamboih2 Cik Zuzu...haha. Jambu air.(if u know what I mean)

 Kejadian hai itu yang takkan ku lupakan.Ade kesan di pipiku.Ceh!
 Me with le adik

Happy dapat pakai shades Rm5.00.haha




Salam..
Hari ini hari yang indah bagi Cik Zuzu. Sebab apa? Cik Zuzu dapat melunaskan hasrat untuk berjogging di pagi hari.Yelaaa..selama  ni jogging petang..tapi tak petang sangat. start pukul 3 camtu, sebab nak elak ramai orang kat padang berdekatan rumah Cik Zuzu.Ramai orang xpe, tapi Cik Zuzu tak suka kelibat mata2 yang memandang sinis niat suci murni Cik Zuzu ngan adik2 nak amalkan gaya hidup sihat. Mana tidaknya, keluar rumah dengan pakai kasut sukan sambil lari2 anak nak melintas jalan pun orang pandng pelik. Eh? da kenapa kan?Mula2 cik Zuzu fikirkan cuma rasa hati cik Zuzu je, tapi bila tengok sendiri, rasa segan pulak kan,.Sebab tu Cik Zuzu ambil inisiatif jogging start lewat tengahari. Masalahnya pulak, muka hitam legam dek kena panas bahang mentari...alahai.. nk jaga body, muka pulak problem..siap merah2 muka. dahla Cik zuzu x berapa nak putih. So, bila muka da start merah dah macam bata di bakar...bukan udang dibakar okeeeyyy... (so sad, so saddddd=() . Cik Zuzu dan family keluar rumah pukul 7 camti, pergi ke Dataran Satu Malaysia.( only in Melaka) Dapat jogging 2 setengah padang. Besar jugak padangnya. Semput Cik Zuzu. Lepas jogging, ayah ajak breakfast kat tempat favourite, kedai makan di Limbongan. Bila bayar, rasa terkejut sebab sepinggan kue tiow yang dipesan adik Cik Zuzu dengan ayam goreng seketul yang x berapa nak besar = RM 7..sebelum harga minyak naik, baru RM5. Hooii, punya melampau naik harga. Sumpah xkan beli kat gerai tu lagi (Situ banyak gerai, so boleh pilih memana je ikut citarasa anda) Memang patutlah tak ramai orang kelihatan  mengorder di gerai beliau. Mahal sangat!Ok . Habis cerita pagi.



Petangnya pulak, lepas Cik Zuzu siap masak ala2 surirumah, Cik Zuzu dan adik-beradik pergi meronggeng. Kitorang pergi karaoke ketempat favourite terkini, AliBaba Karaoke. (Cik Zuzu pernah mention dalam entry yang lepas) . Kali ni dapat bilik yang lagi besar dan best! Layan lagu. Kawan abang Cik Zuzu tunjuk thumbs up masa Cik Zuzu tengah nyanyi. Rasa happy seketika. Hehe. Lepas berkaraoke, kitorang decide lepak2 sambil makan dekat dataran Eye on Malaysia. Hoii, punyalah ramai umat manusia. Paling Cik Zuzu x suka, ramai betul mat-mat motor and kereta kat situ. Paling Cik Zuzu benci, geng2 rempit. Bukan sebab apa, diorang yang kategori rempit ni bawak motor ikut sesuka-sesuki diorang je.Mencelah sana-sini. Adik Cik Zuzu yang drive kat sebelah pun rasa tension dan rasa gelabah sebab dah 2-3 kali hampir accident gara2 mat2 rempit ni. Sekali nampak mat motor kategori rempit yang motor dia mati tengah jalan, kitorang gelakkkan puas2. (dalam hati rasa happy, sebab tadi tunjuk lagak sangat, sekarang tau rasa malu)haha.. Jahat kan Cik Zuzu? Peduli apa? Memang Cik Zuzu benci mat rempit.Semua tak boleh pakai. Oh ya, sebelum tu, tak semua mat motor itu mat rempit ye.. korang boleh nilai sendiri macam mana nak beza.Hurrm. Tu je rasanya pengisian harini. Rasa bahagia dapat spend time  berkualiti dengan family. Syukur Ya Allah!.Jumpa lagi di next entry yee!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan