Salam.
Hari ni tak tahu la macam mana Cik Zuzu nak cerita. Hari yang memenatkan bagi Cik Zuzu. Pagi2 dah bangun pergi Jabatan Pendidikan. Cik Zuzu apply untuk Guru sandaran.(Thanx syg!Kalau tak I tak tahu pun boleh apply da skrg..Sorry today I a bit busy. Tak dapat reply text u..) Sampai2 je, terus bagi nama dan isi borang. Terkejut tengok banyak betul nama yg dalam waiting list utk apply job tu..Rasa macam down sikit. Takpelah, kalau rezeki tak kemana kan..After that, pergi pulak ke Kolej Komuniti Bukit Beruang. Apply for lecturer sambilan. Bukan rezeki jugak. Sebab main course kat situ Hotel and Tourism. Jauh benor dgn bidang Cik Zuzu. But I just dropped off my resume and said confidently to that receptionist " In case needed, saya boleh ajar Bahasa Inggeris" Oh my!!! ini serius laju je keluar dari mulut cik Zuzu. Padahal dalam hati x yakin langsung.Terdesak mungkin.Tengahari, on9 dan fill in details untuk borang2 keje. Call bro KJ , mintak dia jadi reference. Bro mintak nak tengok Cik Zuzu punya resume. Cik Zuzu bagi jela... Banyak gila kena condemn. No, not condemnation, its criticism. Ye, Cik Zuzu akui, not good enough to write a superb resume. Last2, bro tu yg buatkan. Rasa segan gila. After that, dia mintak cover letter Cik Zuzu sekali. Hoii!! berdouble2 segan .. Dahla Cik Zuzu main hentam je buat..aduhai.. tadi pun hampir nak nangis bila dia cakap resume Cik Zuzu macam org xde degree. Mesti kena rejet kalau dia jd interviewer. huhu. Tapi sebab segan, Cik Zuzu cakap cik Zuzu x senang nak nangis. Padahal..haha..rsa kemurungan sehingga sekarang. Tak pela Cik Zuzu, kritikan tu kritikan yang baik untuk Cik Zuzu jugak..Dia nk tolong, kena hargai..Bukan senang nak dapat org yg ikhlas tolong buatkan sekali..haha..Serius, rasa bersyukur sangat Tuhan temukan dengan bro KJ. Macam2 Cik Zuzu belajar dari dia. Bermula dari chess, pasal hidup, and recently pasal nak cari keje. Syukur sangat2 YA Tuhan!!!...Cik Zuzu berdoa semoga rezeki dia semakin melimpah -ruah. Kalau Cik Zuzu berjaya dapat kerja yang bagus suatu hari nanti, dah bina hidup yang stabil, cik Zuzu akan balas jasa dia.InsyaAllah. Banyak betul Cik Zuzu terhutang budi dengan org2 sekeliling Cik Zuzu dalam perjalanan hidup ni. Semoga Cik Zuzu tak lupa diri dan tak lupa jasa2 mereka. Tuhan.. janganlah kau bolak-balikkan hati ini..Teguhkan dan tetapkanlah pendirian hati hambaMU ini. Sesunggunya padaMu aku bergantung harap~Tiba2 feelin2g nak menangis. Ntah ape2. Hidup ni serius mencabar. Baru melangkah ke alam dunia dewasa, cik Zuzu sudah terasa rapuh. Ya Tuhan.. pandulah aku dalam setiap langkahan kaki ini~~=`(
Tiada ulasan:
Catat Ulasan