tentang saya~~ (^ . ^)

Sabtu, 8 Februari 2014

Mengapa??

Mengapa?
Kenapa?
Untuk apa?
Atas sebab apa?
Pelbagai persoalan menegerumuni benakku
Untuk apa ucapan rindumu
Untuk apa lagi kata2 sayangmu
Biarkan aku
Bahagia tanpa cinta disisi
Biarkan aku belajar mencintai selain darimu
Biarkan aku merasa bahagia dicintai selain dari kamu
Hati ini terlalu benci
Benci pada sikapmu
Benci pada cacianmu
Namun sayang
Aku tak mampu membencimu
Kerana itu aku sakit
Membenci dan menyanyangi  dalam waktu yang sama
Dapatkah kau rasakan derita ini?
Fahamkah kau luka yang kutanggung ini?
Untuk apa kau ingin aku kembali
Untuk membalas lagi kesumatmu mungkin?
Supaya terlunas rasa amarah dan bencimu?
Untuk apa?
Mengapa?
Kenapa?
Persoalan ini biarkan mati
Kerna aku tak mahu bersua denganmu lagi
Biarkan aku bahagia dengan dia
Bahagia tanpa cinta kita
Biarkan cinta ini terus mati
Aku tak ingin merasai hangatnya lagi
Biarkan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan