Jangan lagi pernah singgah dalam sudut hati ini
Pergilah bawa diri
Tak ingin hati ini dihuni oleh benci
Sakit membenci tak dapat aku tanggung lagi
Aku hapuskan rasa benci dengan menerimanya sebagai sahabat disisi
Sungguh setapak lagi aku berjaya mengusir benci yang bertandang di hati
Tapi sikapnya , tingkahnya
Buat benci berjaya menakluki secebis dari hati ini
Mengapa dia begini?
Mengapa mudah sungguh aku membenci?
Benar kata orang
Sekali hati disakiti
Kepercayaan itu tak pernah persis seperti kali pertama
Bila salah yang sama diulangi
Rasa benci mula beraja dihati
bila benci mula menakluki
Setitik noda yang kau lakukan menjadi api
Untuk memarakkan rasa benci ini
Aku buntu
Harus apa lagi aku lakukan yang terbaik
Untuk dia dan aku
Agar tiada hati lagi yang tersakiti
Aku tak ingin mencintai
Malah tak ingin jua membencinya
Kerna aku tak mahu
Tak mahu tersakiti buat kesekian kali
Tiada ulasan:
Catat Ulasan