Malam dingin.
Suasana hening.
Jiwa sayu mengingati nikmatNYA
Betapa aku insan yang hanya banyak menerima tanpa memberi
Menginginkan yang lebih tanpa mensyukuri nikmat yang ada
Betapa terasa diri ini begitu kerdil
Siapa aku untuk mempersoalkan takdirNYA?
DIA lebih mengetahui segalanya
Betapa pengalaman menjadikan cintaNYA carta terunggul dihatiku
Jiwa ini kian tenang
Makin damai
Sungguh aku kini tidak merasa sendiri
Aku terus hidup dengan CINTA,kasihNYA..
Kerana ALLAH TUHANKU, MUHAMMAD NABIKU, QURAN KITABKU, ISLAM AGAMAKU,
Aku terasa hidup
Dan meneruskan hidup.
Alhamdulillah
Aku bahagia begini
Biar rindu ini berpadu dalam kalimah doa
Dalam sujudku
Kerana cuma dengan DIA
Aku mampu menghidupkan hari
dan pertahankan rindu ini.
JANGAN
Jangan KAU ambil rasa rindu ini TUHAN
Aku mohon
BIarkan rindu ini subur
Sebagai kenangan
Sebagai teman kala aku sepi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan