tentang saya~~ (^ . ^)

Isnin, 10 Mac 2014

MH 370

Salam.
Apalah sebenarnya yang terjadi pada penumpang2 dan pesawat ni sendiri? Sejak dari hari pertama negara gempar dgn kehilangan pesawat ni, Cik Juju jadi penonton setia berita. sambil online, sambil bukak TV. Nak tahu berita terkini. Cik Juju rasa lega dgn berita tumpahan minyak di Vietnam takde kaitan dengan pesawat tu. Macam tu jugak dengan serpihan pesawat yg dijumpai. Semoga result pengesahan esok pun negatif jugak..Apalah nasib pilot, co-pilot, cabin crew dan semua penumpang tu? Semoga mereka semua selamat .Cik Juju seolah yakin mereka masih hidup. Entahlah . Ini cuma intuisi Cik Juju. Entah betul atau tak. Apalah nasib baby yg ada dlm pesawat tu..Pasti kelaparan..begitu jugak dengan penumpang2 yang lain.. 3 hari sudah tiada khabar berita..Hati Cik Juju tersentuh. Sungguh. Tiba2 terasa seperti keluarga sendiri yg berada dalam pesawat. Sungguh. Pasti rakyat Malaysia yang lain merasakan perkara yang sama.Setiap kali solat, pasti CIk Juju teringat nasib2 penumpang pesawat tu. Doa untuk mereka yang terlintas dahulu dlm hati ini berbanding doa utk kpntingan diri. Sungguh. Cik Juju berharap merekaa masih hidup dan selamat. Selamt pulang ke pangkuan keluarga masing2. Jangan pernah berhenti berdoa dan berharap. =`(

#PRAYFORMH370

Tiada ulasan:

Catat Ulasan