tentang saya~~ (^ . ^)

Sabtu, 8 Mac 2014

GEMPAR : Pesawat HM370

Salam.
Berita yang mengejutkan seluruh negara hari ini. Pesawat HM370 hilang dari radar selepas 2 jam berlepas dari KLIA. Jadi berita sensasi hari ni. Siaran TV setiap saluran berlumba-lumba mendapatkan berita terkini. Cik Juju sekeluarga yang merupakan penonton setia TV3 merasa macam " eh, sekejap dah berita balik?" Ini semua gara-gara berita kehilangan pesawat ni. Memang menggemparkan.Dari apa Cik Juju tengok, ternyata ada pihak yang pentingkan diri sendiri tanpa memikirkan kesedihan keluarga mangsa2 pesawat yang hilang. Isu pesawat hilang ini dijadikan bahan politik. Ada jugak yang mengaitkan kehilangan pesawat dengan misteri segitiga bermuda. Kononnya pesawat yang melalui lingkaran tersebut pasti akan hilang. Hrmm.. wallahualam... bagi Cik Juju, ini semua Qada dan Qadar. DIA sudah menentukan segalanya. Kun fayakuun. Meskipun pilot dan co-pilot adalah dari kalangan terbaik, pesawat terbaik, prosedur terbaik, dengan perancangan rapi, namun Tuhan telah merencanakan semuanya. Dan pastinya perancanganNYA adalah yang terbaik.Berita terbaru yang Cik Juju tahu setakat pukul 11.35 pm, 8 Mac 2014 ni, tentera Vietnam telah mengesan jaluran minyak di Laut China Selatan. Ya Allah, sedih Cik Juju dengar. Sebab berita terkini yang Cik Juju dapat dari TV3, pesawat tu hanya berbekalkan minyak untuk 7 jam perjalanan.Dan masa Cik Juju tengok berita tadi, sudah 20 jam lebih pesawat tersebut berlepas dari KLIA. Ya Allah...sedihnya hati Cik Juju, keluarga mangsa2 pesawat hilang apetah lagi... =`( Walaupun klu2 ini seakan membawa satu maksud, ( yang Cik Juju tak mahu sebutkan disini) Cik Juju masih berharap satu keajaiban berlaku. Ya, bagi Cik Juju, selagi pesawat tak dijumpai, harapan masih ada. Tolong.Jangan berhenti berharap dan berdoa.Doakan keselamatan mereka semua. Betapa  Cik Juju terkesan dengan berita ini. Namun, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.Doakan mereka selamat.Jangan pernah berhenti berharap.Semoga keajaiban berlaku. Amiin~ =`(

Tiada ulasan:

Catat Ulasan