tentang saya~~ (^ . ^)

Jumaat, 7 Mac 2014

Good Morning!

Salam.
Menaip lagi hari ini. Alhamdulillah. Masih diberi kesempatan.Isnin ni, Cik Juju ada dua interview. satu interview SPA (again???), satu lagi interview dgn KotraPharma.Takut. Sbb interview dgn company health tu, memerlukan Cik Juju menduduki dua ujian. Haiiissshh.. Malas betul nak study. Tapi mesti. Cik Juju harus study. Semoga berjaya Cik Juju! ( ucapan utk diri sendiri). Ada Cik Juju peduli?  Sakit hati ini, sedih hati ni, siapa je yang ambil peduli? Semua disekeliling Cik Juju lupa. Lupa yang Cik Juju  juga manusia. Ada hati dan perasaan. Mereka buta dengan urusan sendiri. Buta dengan sikap kesengalan Cik Juju . Buta dengan ketawa plastik Cik Juju. Buta dengan lawak bodoh sengal ayam Cik Juju.Pada mereka, Cik Juju cuma bahan lawak . Buta hal sendiri tanpa mengira sensitiviti hal org lain. Cik Juju tak minta diorang mengerti, simpati jauh sekali. Cuma cik Juju harap mereka memahami. Setidaknya hormati perasaan ini, Hargai CIk Juju sebagai kawan.Cik Juju terkadang letih melayan perasaan orang.Kerenah orang. Tak cukup dirumah, di facebook, di UiTM, mungkin dimana sahaja Seringkali Cik Juju dijadikan bahan seakan tong membuang segala masalah.Telinga Cik Juju menjadi tadahan cerita. Mata ini menjadi tontonan wajah sedih mereka. Mulut ini yang diharap membuahkan kata2 agar tenang hati mereka.Bukan sengaja Cik Juju merungut. Tapi sebab kecewa dengan sikap kwn2 yg cuma ade bila perlukan Cik Zuzu.Baik bila tiada tempat mengadu. Bila sudah ada kehidupan yg lebih baik, Cik Juju dicampak kebelakang. Tak pandang langsung.Apatah lagi menegur, mengingati. Tahukah mereka, mata ini terlalu berat sudah untuk menahan air mata? Hati ini dibebani dengan pelbagai masalah, resah, gundah, luka, sakit, derita? Tahukah mereka apa yang CIk Juju alami lebih dahsyat dari mereka? Mereka anggap masalah dgn kawan, boyfriend, girlfriend, study, family, adalah satu masalah besar? Tahukah mereka apa yang Cik Juju alami? Tahukah mereka semua setiap satu yang mereka alami itu Cik Juju pernah alami dalam satu masa? Betapa Cik Juju sekarang mengalami yang lebih dahsyat dari itu?Betapa Cik Juju rasa kadang dunia tidak pernah adil dengan Cik Juju. Disaat org2 sekeling bersedih, terluka, CIk Juju yang dicari.Muka ni yang terlintas dalam fikiran mereka. Tapi bila senang, happy, mana semua wajah2 gembira tu? Mahal sangatkah untuk dikongsi dengan Problem Disposal System ni? wahhh...PDS. orait. Terimalah Cik Juju. You are PDS. Eh, macam comel je bunyi? sabar CIk Juju,istighfar...Phewwww... thanks blog, hanya kau tempat curahan hati ni. Sayang sangatttt!! Seandainya kau boleh bersuara, pasti kau juga merasakan yang sama kan?? hehe. jangan marah. I LOVE YOU sangat2!!!!muuaaaahhhh!!!Jumpa lagi!.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan