tentang saya~~ (^ . ^)

Selasa, 18 Mac 2014

Cik Juju merapu lagi~

Salam.
Kenapa rasa macam takde idea langsung menaip ni? Rasa macam dull je hidup. SIGH.Rasa kosong.Time macam ni rasa nak tampar diri sendiri. Bila orang call, msg, buat tak peduli.Rasa malas nak layan. Dah tu, soksek2 duk mengeluh bosanlah, apelahh...Waaaa..bosannya bila takde ape nak buatttt..Tapi ok la, daripada Cik Juju buat benda yang Cik Juju rasa macam terpaksa.Lately, adik A selalu call Cik Juju lewat malam. Sampai Cik Juju kadang2 rasa bosan. Mungkin kejam bunyinya. Biarlah.Memang bosan.Cik Juju rasa bosan sebab setiap kali dia call dan contact Cik Juju, dia act seolah2 Cik Juju ni gf dia.Cik Juju rasa uncomfortable.Lebih2 lagi, dua hari lepas, dia pernah ingatkan Cik juju yang hubungan kitorang dah rapat sangat. Tapi pada Cik Juju, biasa je. Cuma borak2 camtu. Sekarang, dia start panggil Cik Juju dengan panggilan manja .Ucuk? Cik Juju rasa macam?????#$%Pelik bin geli la jugak bila seorang yang kita anggap macam adik cuba nak melayan kita sebagai seoarang yang istimewa.. Maaflah A..akak memang anggap awak sebagai adik.Akak hargai kejujuran awak yang berterus -terang tentang perasaan awak . Berterus -terang tentang usaha awak. Tapi you know what? Lelaki memang akan cakap macam tu.Dont tell me you are different. Sebab Cik Juju  dah pernah alami berkali, bukan sekali.Cik juju rasa Cik Juju cuma disayangi sebab lelaki2 ni merasa sunyi.Ye. Lelaki2. Perempuan2 disana... Sila ingat pesan Cik Juju ni. Memang ramai yang akan cuba usha uolls when your age is around 20++. Because this is the time when your beauty terserlah. Kita ni macam bunga.Tak kisahlah bunga apa, bunga raya, bunga ros, bunga matahari, hatta, bunga tahi ayam sekalipun...Kalau dah nama bunga, tetap ade seri.Time ni lah kumbang2 duk nak melekat kat uolss.And pleaseeeeee...jangan  nak perasan, ingat korang begitu famous amos sebab banyak yang nak usha, masuk line. Memang lumrah kumbang nak melekat kat bunga.  So hati2 lah..jangan  perasan sangat.Benda ni selalu Cik Juju ingatkan pada diri sendiri. Lelaki akan dekat dengan korang sebab diorang memang dilahirkan perlu teman. Macam ADAM rindukan HAWA.Memang lumrah dan fitrah mereka begitu.Mereka sunyi dan perlukan teman.Kadang2 sebagai perempuan, rasa macam Cik Juju ni hadiah sagu hati. Sebab Cik Juju tak rasa apa2 yang special yang ade kat diri Cik Juju ni untuk diminati dan dicintai lelaki.Rasa macam pelik kadang2. Selalu tanya pada diri sendiri " Apa yang lelaki tengok pada Cik juju sebenarnya?ap yang membuatkan mereka mudah melafazkan kata sayang dan cinta pada Cik Juju? sebab diorang sunyi mungkin? Sebab mereka susah nak dapatkan yang lebih baik dari Cik Juju mungkin?Yela..semakin cantik, semakin tinggilah demand kannn" Macam bila tak dapat grand prize, lelaki2 akan ckp fikir camni " oklah consolation prize, dari takde ape..."Sekarang Cik Juju try to keep a distance. Maafkan akak A. Akak memang sengaja kadang2 tak pick up your call, tak reply cepat2 msg kat fb, tak reply langsung your sms. Mungkin semua ni akak tak buat kalau A tak buat macam tu. Really feel uncomfortable.Tapi Cik Juju tak salahkan dia. Bukan satu kesalahan kita jatuh cinta. Sebab cinta tu anugerah DIA yang kita sendiri tak jangka pada siapa, bila, dimana, dan bagaimana kita jatuh cinta. Cik Juju sendiri pernah merasai cinta. Belajar mencintai melalui pengalaman. Tetapi jatuh cinta tanpa sedar.Hurm.Sukar nak explain bila melibatkan hati. Cinta tu macam sambal belacan. BELACAN? ye. Cik Juju suka belacan. Walaupun pedas sampai menangis makan, still suka. Kadang2, bertambah suka. Macam tu lah cinta. Walaupun  sakit mencintai, tapi selalu rasa bahagia. Bahagia dengan nikmat sayang, rindu.Kadang2 kita lebih ambil berat pada orang yang kita sayang berbanding diri sendiri. Ye, memang nampak macam bodoh. Tapi inilah cinta. Cuma bercintalah dengan bijak. Jangan biar orang yang kita sayang ambil kesempatan pada cinta dan kesetiaan kita. Jangan biar diri kita diperbodohkan atas dasar cinta. Hee..Cehh...dah macam doktor cinta pulak.Yewww... ok lah, jumpa lagi!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan