tentang saya~~ (^ . ^)

Sabtu, 15 Februari 2014

Kisah hati

Salam.
 Macam biasa Cik Juju text dia. Dia bangun awal semalam. Ada interview SPA kat Putrajaya katanya. Tiba2 Cik Juju rasa sedih. Sebab dia dapat interview standard degree.Cik Juju pasti sangat sebab dari cara dia cakap. Dia pelik Cik Juju dapat interview standard SPM.Entahla... Dulu dpt standard diploma, la ni standard spm pulak..xpela..Cik Juju rasa sedih sebab sekiranya dia berjaya temuduga tu, maka, Cik Juju terpaksalah berundur dari hidup dia. Cik Juju rasa segan . Sekarang pun Cik Juju tak berharap sangat . Cik Juju cuma selesa dapat berhubung dan ambil berat pasal dia. Like before.Cik Juju pernah stalk fb dia, Cik Juju dapat rasakan dia sukar nak terima mana2 girl sebab hati dia masih pada tunang dia dulu. Antara punca kenapa Cik Juju putuskan perhubungan dengan dia dulu..Tak sanggup mendengar ucapan dia tentang tunang dia setiap kali kitorang berbual. Yes. cik Juju cemburu. Cik Juju cuma nak tengok dia tersenyum, ketawa dengan bahagia dan lupakan segala kenangan pahit  dia tu. Alangkah bahagianya kalau Cik Juju oangnya yang berjaya buat dia lupakan segalanya.Alangkah gembiranya jika rindu dan sayang dia benar2 ikhlas dari hati dia untuk Cik Juju. Sekarang, segala ucapan rindu dan sayang dia Cik Juju anggap  sekadar panggilan mesra antara kami. Cik Juju tak mahu menaruh harapan tinggi . Kalau jatuh, sakitnya Tuhan saja yang tahu.Cik Juju nak dia bahagia.Cik Juju tak kisah andainya Cik Juju cuma teman tapi mesra bagi dia.Cik Juju pun tak memaksa.Cik Juju cuma terkilan, kenapalah Cik Juju bodoh sangat ikut ckp kwn dulu? Kenapa buat keputusan terburu2? Mungkin dulu, kalau Cik Juju bersikap matang, kami x lost contact, dan Cik Juju tak rasa macam sekarang.Cik Juju tak kisah kami cuma sekadar berkawan, asalkan x lost contact.Tapi, bila dikenang kembali, kalaulah dulu Cik Juju still contact dengan dia, x putus hubungan dengan dia, pasti Cik juju tak kenal you-know-who-you-are.Biarlah. Pasti ada sebab dan hikmah disebalik semuanya.Pasti Cik Juju tak ada pengalaman bercinta selama 4 tahun macam tu.Biarlah.Sekarang, Cik Juju nak dia senyum bahagia. Sebab dari awal Cik Juju kenal dia dulu, dari mata dia Cik Juju tahu dia simpan luka yang amat dalam. Bukan Cik Juju yang ada dalam matanya. Seseorang. Seseorang yang Cik Juju cemburu dengannya Maaf you-know-who-you-are, aku sudah merasainya terlebih dahulu. Dan  aku tak berniat langsung nak sakiti hati kau. Cuma perasaan benci pada perbuatan kau yang menimbulkan semula rasa kasih ini pada dia.Sesungguhnya, sampai hari ini, aku tak pasti hati ini milik siapa. Dalam aku membenci kamu, masih ada rindu yang tersisa. Dalam aku menyayangi dia,  aku tetap merasa kosong. Kadangkala aku benci dengan perasaan sebegini.Sesungguhnya saat ini aku ingin memalingkan diri dari semua ini~ =`(

Tiada ulasan:

Catat Ulasan