Salam.
Hari ni antara hari yang indah dalam hidup Cik Zuzu.Cik Zuzu dapat buat ape yang Cik Zuzu inginkan selama ni, disamping mendapat pendapatan sampingan.Hehe. =) Cik Zuzu dapat membantu menguruskan sebuah pertandingan chess berating kebangsaan. Walaupun peranan Cik Zuzu cuma sebagai pembantu, tapi Cik Zuzu cukup berbesar hati kerana brother yang Cik Zuzu bantu tu sudi berkongsi serba-sedikit tentang dunia chess. Pantang ada waktu terluang, mesti dia ajak Cik Zuzu berbual tentang chess.Sampai kadang2 rasa bosan sebab asyi k dia yang berceloteh, hehe. Tapi ok la, orang nak bagi ilmu kannn.Cik Zuzu rasa kagum dengan player2 chess. Ketahanan mental dan fizikal diorang tinggi. Yela, satu pusingan chess tadi ambil masa 50 minit. Ade 6 pusingan, so, memang lama lah kan nak perah otak dan nak tggu habis..Cik Zuzu yang duk perhatikan pun rasa penat, apatah lagi diorang yang bermain.Haha.InsyaAllah, event chess yang akan datang Cik Zuzu akan involve lagi, mungkin sebagai pembantu dan peserta sekaligus.Hehe.Alhamdulillah. Cik Zuzu rasa happy dan tenang sekarang. Cik Zuzu tak mahu lagi bergantung kebahagiaan dengan meletakkan sepenuh kasih sayang pada orang lagi.Dunia ini begitu indah dan bermacam warna. Macam-macam cara kita boleh bahagia. Bak kata bro yang Cik Zuzu tolong tu, kahwin dengan orang pening kepala, kahwin dengan chess dapat rezeki berganda!..hehe..dahsyat sungguh kalau sayang sangat dengan chess sampai tak mahu kahwin..Tak mungkin..InsyaAllah, Cik Zuzu akan berkahwin satu hari nanti. Dengan siapa dan bila, itu urusanNYA. Mungkin Cik Zuzu ada cik abang sekarang, tapi siapa yang berani cakap dia jodoh Cik Zuzu atau tidak?Pengalaman yang lepas selama 4 tahun dah banyak mengajar Cik Zuzu.Ish. Sedih pulak. Tak mahu cerita lagi.Ok, itum je kut. Jumpa lagi, BYE!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan