tentang saya~~ (^ . ^)

Rabu, 15 Januari 2014

BARU

Esok exam...
Esok ,16hb ade exam..
paper last untuk sem yang last
Seusai menduduki paper itu
Dan melangkahnya aku keluar dari dewan perperiksaaan
Aku telah masuk kedunia baru
bersediakah aku untuk menempuh alam baru?
serba-serbi baru pada aku
Bersama hidup yang baru,
status baru,
dan teman yang baru..
Bersediakah aku untuk menempuh alam itu?
sedangkan hidup aku sudah terbiasa dikelilingi buku
Kerja aku dengan pen dan kertas
Laptop sentiasa peneman
Menelaah buku-buku
Nota-nota
Namun selepas ini hidupku penuh dengan tanggungjawab
Pada mak dan ayah,
adik-adik,
pada teman yang baru
dan juga pada masa hadapanku..
Bersediakah aku menghadapi alam baru dengannya?
dengan dia yang dingin dan misteri
Yang sukar ditafsir isi hatinya
Yang kini menjadi temanku..
Benarkah jalan yang ku pilih ini?
Sungguh aku takut menghadapi masa hadapan
Besar sungguh jurang beza dengan apa yang telah kurancang
Sungguh hidup ini penuh warna
Kita merancang DIA menentukannya
Namun aku tak akan pernah mengalah untuk merancang
Sungguh ku tahu PerancanganMu begitu sempurna
Namun, kau tidak akan membiarkan HambaMu yang berusaha bukan?
Perpisahan ini telah membuka mata dia
Sungguh aku gembira
Walau aku bukan lagi dengannya
Jika perpisahan ini adalah yang terbaik untuk aku dan dia
Aku terima Tuhan
Kerana sungguh aku gagal dalam membimbing dia
Aku tak mampu dan tidak layak
Dia yang aku sayang
Dia yang pernah aku cinta
Temukan dia insan yang mampu membahagiakan dia
yang mengukir senyum dibibirnya
yang menghapus aku dalam ingatannya
Sungguh aku tak mahu dia terus terluka
Aku rela asal dia bahagia
Berikan dia kebahagiaan sebagaimana dia pernah membahagiakan aku
Dekatkan dia pada jalanMU
Teguhkan hatinya pada CintaMU
Berikan aku, dia bahagia
Walau kami tidak bersama
Pandulah aku dalam hidup yang baru~









Tiada ulasan:

Catat Ulasan