Apa sebab berang
Nanti jawab diri
Sebab lengah sembahyang
Tanya sama otak
Apa sebab tepu
Nanti jawab otak
Baca Quran pun tak selalu
Tanya sama muka
kenapa kurang seri
Nanti jawab muka
Malas bangun pagi
Tanya sama hati
Mana pergi cinta
Nanti jawab hati
Lu pikir la sendiri!!!!
Hrmm..puas sudah mencari mencari jawapan pada semua persoalan dalam hidup ni..
Ternyata, perkara yang paling rumit adalah soal hati
sebab hati yang mempengaruhi kehidupan dan gaya hidup ini
Hati yang merasa sayang, rindu, cinta, kasih, dendam dan benci
Hati yang terluka bila disakiti
Hati yang bahagia bila diri disayangi
Tapi sayang,
hati tak boleh dijangka
Hati cuma satu persinggahan untuk sebuah perasaaan
Hari ini mungkin benci, esok lusa mungkin dah sayang
Begitu sebaliknya
Tapi hati yang terpalit benci dan dendam
meninggalkan kesan yang mendalam
Cuma kekuatan kasih dan sayang
mampu mengukuhkan ikatan
Dan semoga aku berjaya melawan
sebuah perasaan yang tidak pernah aku inginkan ini..
Semoga tiada yang terluka kerana benci dan dendam ini.
Amiiin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan