tentang saya~~ (^ . ^)

Isnin, 16 Disember 2013

#merepek#

Alhamdulillah..
Lepas struggle untuk bertenang
Akhirnya dapat juga aku menjalani presentation FYP dengan lancar
Itupun aku kuatkan semangat melupakan benda-benda bodoh yang lain
"Perasaan jangan dilayan sangat"
Itu yang aku bisikkan pada diri sendiri setiap hari
Hakikatnya
Semakin hari aku semakin banyak tidur
Sampai housemate aku kejutkan, suruh makan
Tak pernah2 macam tu
agaknya diorang takut aku mati dalam tidur gamaknya
Tidur sepanjang hari
Ye..aku ratu tidur
Semakin aku stress, semakin aku banyak tidur
Kalau boleh aku ingin tidur selamanya
Biar hilang semua
Tak pun
Bangun je tidur
Aku nak jadi orang yang baru
Hidup yang baru
Ingatan yang baru
Tak perlu dikenang semua
Nasib baikla Tuhan beri aku tanggungjawab
Pada mak, ayah, adik2..
Kalau tak dah lama aku  tinggalkan dunia ni
Aku tak bermaksud nak bunuh diri
No. itu bukan cara aku
Tapi aku tido sehari suntuk
Tanpa makan
20 jam lebih aku tidur
Aku rasa tenang
Tak rasa apa2
Bangun pun tak rasa lapar
Semalam pun aku kuatkan tangan menyuap nasi ke mulut
Aku tak mahu buat hal masa present FYP
Hari yang penting untuk aku
Sengaja aku ambil lauk best2
Yang kalau sebelum ni tengok, memang tak sampai setengah jam dah licin
Tapi lauk 2 ekor sotong sumbat tauhu sambal
Dengan telur dadar n tempe goreng ternyata tak mampu buka selera aku
Namun aku gagahkan juga untuk makan
"Makan!"
Semalam macam jadi hari bersejarah sebab aku menangis sebab nak makan
Kiri kanan orang duk tengok aku menangis\
Peduli pulak aku!
Menangis sebab bersusah-payah menelan sesuap nasi
Hari ni aku try nak makan McD
confirm boleh makan punya
McD kut....
All time favourite!
Kalau tak lalu juga, memang aku bermasalah besar
Aku rindu nak makan
Tapi hakikatnya tekak dan perut ni tak mahu makan
Puas dah aku beli segala benda yang manis supaya nafsu makan aku kembali
Tapi buat perabih duit je!
Ikut kan tekak ni, memang keringla badan aku
Tak payah nak berdiet lagi
Tapi bila fikir badan ni ada banyak tanggungjawab,
Aku paksa jugak makan maggi or roti yang ada kat dapur
Tu pun makan sehari sekali
Ada tu sekeping roti untuk sehari
Ajaib
Aku boleh bertahan
Kalaus sebelum ni boleh menggelupur aku lapar
Dah empat hari
aku tak sentuh nasi
satu rekod
Luckily perut tak meragam
Takut jugak kena gastrik
Tapi nak buat macam mana
Aku tak lalu makan
Mulut dah berbau peptone
Dah macam bau orang berpuasa
sebab jarang makan
Roti pun aku tak lalu tengok
"Tak apelah..dptlah kurus sikit lagi"
Aku pujuk diri sendri
Semalam aku sakit kepala
Lepas presentation terus rasa nak hantuk kepala kat dinding
Nasib baik aku waras lagi
Sampai tengah malam
sakit bertambah-tambah
Makan actifast pun rasa bukan cepat baik
Rasa macam cepat nak gol je
Nampaknya badan aku sedang tak sihat sekarang
Sistem biologi aku dah tak betul
Demam panas, tak lalu makan, sakit dada,sakit kepala
Semoga lepas ni dah tak ada lagi sakit yang mendatang
Sekarang minggu2 yang aku perlukan semua kudrat dan tenaga
Menghadapi minggu2 terakhir bergelar mahasiswi
Ya Tuhan..beri aku kekuatanMU




Tiada ulasan:

Catat Ulasan