Tajuk macam pakar pulak kann..
Tapi aku bukanlah sape2
Takde sape pun nak baca blog ni.so sad, so saddddd...
just boring, so nak share experience macam mana aku boleh hilang berat badan
1. Azam yang kukuh lagi nyata
- haha. ayat poyo sangat! Tapi serius, azam yang kuat ni la yang membantu aku untuk kurus.tak caya, cuba korang tanam azam tu , kukuhkan dalam hati, sure boleh punya...USAHA TANGGA KEJAYAAN.
2. Disiplin
-Ok, sebenarnya disiplin maksud aku disini bukanlah kau tetapkan menu kau hari2.Sebab aku pun tak amalkan macam tu. Susah oii duk membujang nak tetapkan menu hari2, dengan duit PTPTN yang tak seberapa..Maksud aku disini, disiplin dengan cara korang tetapkan kuantiti makanan untuk certain period. Of course la kan, kalau korang da biasa makan nasi menggunung pinggan dengan lauk melimpah-ruah, tiba2 esok kau nak makan nasi cinonet, memang tak la kannn..The way is, kau kurangkan sedikit demi sedikit. Lets say, the first one week kau ambil 3 senduk, second week ambil 2 senduk, blablabla...tapi senduk tu kau janganlah penuhkan dah nampak macam gunung berapi nak meletup pulak! Just REDUCE THE PORTION. Dan berdisiplin. Kau kena ikut kuantiti nasi yang kau buat tu untuk seminggu at least, bagi perut and body kau biasa. kalau tak, kena culture shock nanti perut and body korang tu. Anak giant, tiba2 dapat makan nasi sesuap je. Camtula perumpamaan yang aku reka sendiri. HAHA.
3.Sibukkan diri
-Ye, sibukkan diri kau dengan bermacam aktiviti.Ini untuk elakkan korang terfikir pasal makanan, seterusnya buat kau RASA lapar. Ok. Ini adalah permainan psychology. Cewah! Biomolecular scientist- will- be tbe2 cakap pasal psychology.X layak langsung weiiii.. haha. peduli pulak aku kannn..tapi serius, busy kan diri korang. Kalau da takde keje sangat kan, kau pegi la basuhkan keta abang, ayah, jiran ke..Tak pun pegi main2 dengan kucing, dengan adik, tapi jangan main mata dengan mamat jiran sebelah, ntah2 dia tu boya! nahas korang kang!
4.Make things faster
-Yup. Kalau ade certain task tu, korang buta dengan sepantas kilat, seolah2, due date dia adalah beberapa jam dari masa korang tengah buat tu. This is kind of nak stimulate adrenalin korang tu. Bila korang buat keje cepat2, so adrenalin korang akan teransang, dan ini dipercayai ada kaitan dengan metabolism badan. Sorry, aku dah pernah belajar pasal ni, tapi sebab aku ni pemalas and pelupa, so macam ni la jadinya. Menangis cikgu and lecturer dapat anak didik macam ni!
5. Minum air masak semampu yang boleh
Yup, aku tahu secara amnya minum air masak sekurang2nya 8 gelas sehari. Tapi aku dah try, semakin banyak kau minum, semakin kurang kau rasa lapar.Kulit kau pun semakin cantik dan licin, nampak cam smooth je..Pernah bila aku balik rumah, adik aku tiba2 cubit pipi aku ni, dia cakap "geram, kenapa tbe2 nuka angah nampak cam lembut and licin?" haha. kembang semangkuk aku time tu. Muka kosong, baru lepas memasak wei, kena puji..Mase tu jugak, aku cakap dalam ati, pasni kua, xmoh pakai makeup lagi, "
Tapi sesungguhnya keyakinan aku tidak setinggi itu lagi, haha. At least, mesti pekena bedak setepek , baru aku keluar .Hiish! DAN! kurangkan, and kalau boleh, jangan langsung minum air bergula, yang manis2, sebab itu adlah faktor yang membawa kegemukan ok...
6. Air perahan lemon
-Petua ni aku dapat dari blog seorang blogger yang famous amos. Dia memang da kurus. carila sendiri sape ekh. Cara aku, aku potong sehiris lemon, perah dalam air kosong suam. Aku tak kisah, sebab aku kaki masam2 ni. Hehe. aku buat setiap pagi masa nak breakfast. Tapi sekarang lama tak buat. Aku dah lama x shopping barang2 dapur. haha
7. Stress.
stress membantu kau untuk kurus. Serius. Tapi kalau aku, cuma stress melampau je mambantu. Hehe. Kalau setakat stress banyak assignment tu, ade test tu..makin banyak aku boleh makan.Selera kalah anak giant.SIGH.Tapi aku akui, punca sebenar aku kurus adalah stress yang MELAMPAU. Masalah hati dan perasaan. Malah projek FYP aku pun ada masalah. Dengan exam yang makin hampir, dengannnn....ahh, pikir balik je aku jadi STRESS!
So, tu jela tips biasa dari aku..
Semoga kita semua kurus solid molid senantiasa gitu!!
Bye!
Salam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan